Malaysia berada di kedudukan 18 daripada keseluruhan 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang diterbitkan Institute for Economics and Peace (IEP).<br /><br />Ia merupakan peningkatan empat anak tangga berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya.<br /><br />Selain itu, Malaysia berada di kedudukan keempat di peringkat Asia Pasifik di belakang Singapura, Jepun dan New Zealand.
